Di tengah-tengah kritikan ekoran yang mengaitkan masyarakat Cina sebagai "penceroboh", seorang wanita Cina beragama Islam tampil menyatakan sokongan terhadap NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Sehari selepas Cina Muslim Muhammad Ooi menuntut presiden ISMA menyatakan motifnya, Alifah Ting Abdullah, anggota PEMBINA, sayap belia NGO itu, tampil menyatakan sokongannya.
Seperti disiarkan di laman web ISMA, Alifah berkata, beliau "darah Cina yang sedar asal usul" itu percaya Malaysia akan sentiasa menjadi milik orang Melayu.