Kempen Bkt Gelugor lesu, DAP diramal menang mudah

KiniTV 2015-08-12

Views 3

Lazimnya, terlalu jarang bagi BN tidak bertanding di mana-mana kerusi baik pada pilihan raya kecil mahu pun pada pilihan raya umum. Namun bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini, BN mengambil keputusan untuk tidak terbabit.

Justeru, walaupun empat calon cuba merebut kerusi yang dikosongkan berikutan kematian pengerusi DAP Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lalu, pilihan raya kecil kali ini dilaporkan hambar.

Tinjauan Kinitv juga mendapati - memasuki hari ke-sembilan kempen bagi prk P51, sokongan yang diberikan terhadap Ram daripada kaum Cina dan India tidak berbelah bagi. Bagaimanapun, Ram gagal menikmati layanan yang sama ketika berkempen di kawasan Melayu. DAP dilihat masih tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu iaitu pengundi kedua terbanyak di kawasan Parlimen itu.

Share This Video


Download

  
Report form