Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata keengganan 15 keluarga setinggan di Kampung Puah dekat Sentul menyukarkan kerajaan dan agensi berkaitan menjalan kerja pembersihan sungai termasuk projek pembinaan kolam pencegahan banjir.
Beliau berkata kengganan itu timbul kerana mereka mempersoalkan status projek Kampung Warisan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kawasan itu sebelum ini.