Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor esok bagi mendapatkan perkenan baginda berhubung tindakan rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, mesyuarat kerajaan negeri pada petang ini akan membincangkan mengenai dua pilihan tindakan berkenaan dan akan mengemukakan hasilnya ketika menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.