Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh berkata, kegagalan membekalkan penerangan oleh ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah antara punca semua 10 soalan bertulis yang dikemukakan wakil rakyat itu ditolak.
Katanya, pada Januari lalu satu taklimat diberikan kepada semua wakil rakyat supaya mengikuti setiap peraturan Dewan yang ditetapkan. Beliau bagaimanapun mengakui penerangan tidak diberi kepada Wan Azizah kerana beliau menjadi wakil rakyat pada April lalu.
Semua 10 soalan bertulis oleh Wan Azizah kepada sidang DUN semalam ditolak berikutan tidak mengikuti prosedur iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 patah perkataan.