Aktivis Australia: Siapa akan bersihkan sisa radioaktif?

KiniTV 2015-08-11

Views 27

Aktivis warganegara Australia Natalie Lowrey, yang ditahan polis bersama 15 lagi peserta himpunan anti-Lynas 22 Jun lalu melahirkan kebimbangan dengan mempersoalkan siapakah yang akan bertanggungjawab membersihkan sisa pepejal radioaktif hasil daripada loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, Kuantan memandangkan saham Lynas kini semakin menurun.

Dalam satu wawancara bersama KiniTV, Natalie juga berkata, Lynas Corporation sedang berusaha untuk berunding dengan masyarakat setempat bagi mengelakkan syarikat itu terus dilanda masalah memandangkan Lynas Corporation kini mengalami masalah kewangan.

Share This Video


Download

  
Report form