Teka-teki sama ada Bible dalam bahasa Melayu dan Iban akan dikembalikan kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sehingga kini masih belum terjawab.
Bagaimanapun, "proses penyelesaian" berhubung status naskhah Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu sedang dilaksanakan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.