Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi Pesawat MH17 hari ini memberi tumpuan kepada tiga lokasi utama melibatkan nahas pesawat berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiga lokasi itu adalah kawasan nahas di Ukraine, pengurusan pengecaman jenazah di Amsterdam, Belanda dan pengurusan penerimaan jenazah rakyat Malaysia di negara ini.