Jemaah menteri akan membuat keputusan Rabu depan bagi menentukan tarikh upacara menerima mayat mangsa nahas MH17, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Menyambut Jenazah Nahas MH17 hari ini yang disertai oleh 10 menteri dari lapan kementerian.