Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin hari ini memaklumkan pihaknya menyokong tindakan Lembaga Disiplin parti yang memberi surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang enggan berundur sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, beliau dan wakil rakyat PKR memang amat berharap Khalid akan melepaskan jawatannya dengan baik dan secara terhormat.