Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.
Menurut Harakahdaily yang memetik Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.