Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Majlis Syura PAS tidak mempunyai fakta sebenar berkaitan hasrat parti itu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Justeru, katanya, isu berkenaan perlu diperjelaskan kepada anggota Majlis Syura PAS agar mereka memahaminya.