Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan selama 24 jam selepas pasukan perunding damai Palestin dan Israel bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata lima hari.
Tindakan itu bagi membolehkan rundingan damai diteruskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam lagi.
Sementara itu ketua agensi bantuan Palestin bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pierre Krahenbuhl semasa mengagihkan makanan di Gaza City, berkata masyarakat di sana akan mengahapi kesukaran lebih teruk dalam masa-masa akan datang.