Sebuah gabungan lebih 30 NGO yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi mendesak supaya pendekatann berdasarkan kepada solidariti sosial diambil bagi menagani masalah perumahan rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar antara cadangan yang disyorkan adalah supaya rumah tanpa geran di bandar diberikan geran manakala majlis tempatan mengambilalih pengurusan rumah pangsa .