Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebaliknya berkata NGO itu hanya mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat sekalipun ada kepimpinan parti yang merasakan kehadiran mereka sebagai 'ancaman'.