Misi mencari lebihan serpihan rangka pesawat Malaysia Airlines MH370 diteruskan hari ini di perairan sekitar Pulau Reunion, lautan Hindi selepas ia ditangguhkan sejak Jumaat lalu ekoran cuaca buruk.
Operasi pencarian ini melibatkan pesawat pengangkut kecil tentera dan tiga buah helikopter serta tiga buah bot. Kawasan pencarian seluas 5300 kilometer persegi di sekitar pulau dan pantai timur serta di kawasan berhampiran pulau Mauritius.