Tema kebebasan yang tetapkan dalam penganjuran Freedom Film Fest pada tahun ini membawa lebih banyak filem yang bermutu tinggi dari tahun-tahun sebelumnya.
Isu-isu hak asasi manusia yang diangkat dalam filem sama ada filem tempatan atau luar negara seperti dari Jerman, Tibet, Vietnam dan sebagainya banyak memberi kesan emosi kepada penonton yang hadir.
Penonton juga berkongsi pengalaman dengan pembuat filem serta individu yang terlibat dalam konflik yang ditayangkan dalam filem tersebut. Sesi perkongsian dan soal jawab diadakan setiap kali selepas tayangan.