'Mana gaji minimum tukang cuci, jaga sekolah?'

KiniTV 2015-08-10

Views 13

Beberapa NGO hari ini mengadakan demonstarsi aman di Kementerian Pelajaran bagi menuntut penjelasan berhubung alasan mengapa pekerja am seperti tukang cuci dan pengawal keselamatan di sekolah tidak diberikan gaji minimum.

Menurut Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), kajian ke atas 16 sekolah mendapati, 14 daripada mereka mempunyai kontraktor yang membayar pekerja serendah RM650 sebulan berbanding gaji minimun yang ditetapkan iaitu RM900.

Share This Video


Download

  
Report form