Kenaikan harga barangan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula dari 1 April 2015 hanya bersifat "sementara" dan "sekali sahaja", kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, berdasarkan trend di lebih 160 negara yang telah melaksanakan GST, peningkatan inflasi itu hanya 'one-off' sebelum kemudiannya harga barangan menjadi stabil.