Bandar Kobani hampir jatuh ke tangan IS

KiniTV 2015-08-09

Views 9

Selepas mengepung bandar Kobani berhampiran sempadan Syria dan Turki selama tiga minggu, kumpulan militan Negara Islam (IS) hampir berjaya merampas kawalan di tiga daerah di timur bandar itu.

Kobani hampir tumbang selepas berlaku pertempuran sengit dengan puak Kurdis, malam semalam.

Lebih 400 orang penduduk dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Kurdis dan militan IS yang berlanjutan selama tiga minggu sejak 16 September lalu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, selepas menembusi pasukan pertahanan di bandar itu, militan IS bertempur dengan pasukan pertahanan Kurdis menyebabkan ratusan penduduk awam melarikan diri ke sempadan Turki.

Pertempuran kini dilaporkan berlanjutan di selatan dan barat Kobani, hari ini yang turut dikenali sebagai Ain al-Arab.

Amerika Syarikat turut melancarkan serangan udara baru di timur dan tenggara bandar itu bagi mengempur IS.

IS dilaporkan berjaya merampas sejumlah bangunan di selatan dan barat Kobani, termasuk sebuah hospital yang sedang dibina di pinggir bandar itu.

Share This Video


Download

  
Report form