Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat Cina tidak patut menuntut sesuatu daripada kerajaan jika mereka menyokong pembangkang.
Berucap pada perhimpunan agung tahunan MCA di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau berniat untuk lebih membantu masyarakat Cina tetapi memerlukan sokongan mereka terhadap BN.