Hari kedua pendengaran rayuan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim tercemar apabila penyokong ketua pembangkang itu cuba merempuh pagar halangan yang dipasang di sekeliling perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.
Kejadian pada jam 8.38 pagi itu berlaku apabila penyokong yang berarak dari Masjid Tuanku Mizan tiba di kawasan mahkamah. Mereka kemudian mula melaungkan 'tolak' tanda isyarat supaya orang ramai merempuh pagar halangan.