Padah curi motosikal, pelajar kena belasah, bogel

KiniTV 2015-08-09

Views 131

Gara-gara mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di Kota Bharu.

Menurut Akhbar Harian Metro yang memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng, pada kejadian 8.15 malam itu, pelajar berkenaan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid yang sedang solat Isyak.

Katanya, remaja itu cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.

Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.

Share This Video


Download

  
Report form