Sidang Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mendakwa DAP merupakan sebuah parti yang chauvenis dan perkauman.
Kekecohan itu timbul apabila Noh (BN-Tanjung Karang) mencelah ketika Lim Kit Siang sedang membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015.
Ketika perbahasan, Lim (DAP-Gelang Patah) mendakwa wujud konteks tertentu apabila Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan sebarang tindakan berhubung kenyataannya yang ingin membakar bible berbahasa Melayu.