Dewan Rakyat tegang seketika apabila Chong Chieng Jen (DAP - Bandar Kuching) membidas kerajaan pusat khususnya Umno kerana menganak-tirikan penduduk Sabah dan Sarawak sehingga wujudnya kumpulan pemisah.
Katanya, dasar pusat yang gagal menangani masalah perkauman dan pelampau agama menyebabkan mereka di Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa pembentukan Malaysia adalah tidak adil.