Badan Bertindak Datum Jelatek hari menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi menuntut kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan Datum Jelatek di Taman Keramat.
Selain itu, pengerusi kumpulan berkenaan, Salleh Samad turut mencadangkan supaya projek pembangunan perumahan mewah di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya Melayu tersebut digantikan dengan pembangunan rumah mampu milik.