Setiausaha Agung Lim Guan Eng pada konvensyen DAP Selangor hari ini, menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno yang lain kerana memainkan isu sentimen agama dan perkaumanan pada perhimpunan agung Umno yang berakhir semalam daripada membincang masalah rakyat.
Katanya, pada perhimpunan agung Umno, Najib bukan sahaja gagal mempamerkan wajah 1Malaysia tetapi menunjukkan wajah 'tipu Malaysia' dengan memungkiri segala janji-janjinya yang ditabur sebelum dan semasa pilihan raya.