PAS hari ini berikrar akan berkempen untuk memansuhkan Akta Hasutan yang diumumkan kekal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, berikutan keputusan itu, PAS akan memperhebatkan kempen besar-besaran secara menyeluruh ke seluruh negara untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan dan undang-undang zalim dan tidak demokratik lain.