Selepas membuat laporan polis serentak di Johor dan Kuala Lumpur, Gabungan Anti Insinerator Kebangsaan (GAIK) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mereka juga menuntut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berdialog dengan penduduk-penduduk tempatan dan NGO serta tidak mendiamkan diri.