Meskipun Laut Jawa bergelora, anggota penyelam tetap meneruskan percubaan untuk mengesan 'objek besar' di dasar laut yang dipercayai bangkai pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.
Sekurang-kurangnya lima kapal dilengkapi peralatan yang boleh mengesan kotak hitam pesawat dikerah kawasan perairan berkenaan, kata Pengarah Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Suryadi B Supriyadi.