Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 50 orang lagi cedera dalam serangan terbaharu membabitkan bom kereta di sebuah kolej polis di Sanaa.
Kejadian itu memburukkan lagi keadaan keselamatan di Yemen dan menurut sumber polis, serangan berlaku ketika sekumpulan pelajar sedang beratur untuk sesi pendaftaran dan orang ramai lalu-lalang di lokasi kejadian.