Laporan lengkap penyiasatan berkaitan nahas pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 akan diumumkan dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun selepas kejadian itu, kata Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia.
Pengumuman itu berikutan kejayaan penyelam semalam mengangkat keluar perakam suara kokpit (CVR) dari serpihan pesawat itu.