DAP singkir PAS: Spekulasi, tak perlu diulas, kata Mat Sabu

KiniTV 2015-08-08

Views 10

Ditanya wartawan berhubung laporan berita bahawa DAP akan cuba menyingkirkan sekutunya PAS dari Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ia cuma spekulasi yang tidak perlu beliau membuat ulasan.

Katanya, ia bukan keputusan mana-mana perbincangan dan wartawan boleh membuat spekulasi lain bagi menambah 'keenakan' politik Malaysia.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa DAP tidak lagi berminat untuk ke Putrajaya tetapi sebaliknya hanya memfokuskan untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan menambahkan kerusi di Sarawak.

Share This Video


Download

  
Report form