Kesihatan Nik Aziz menurun, tapi uzur biasa, kata anak

KiniTV 2015-08-08

Views 12

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya anaknya Nik Abduh, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan.

Sebelum ini, gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur tersebar secara meluas di laman sosial tetapi ia kemudiannya disahkan sebagai gambar lama.

Pada 18 Disember lalu, ketika lawatan di Kota Bharu, Kinitv sempat merakamkan visual Nik Aziz yang sedang bersolat walaupun dalam keadaan agak uzur.

Share This Video


Download

  
Report form