Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata rata-rata penyokong pembangkang yang berjumlah lebih 5 juta orang yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam gabungan itu hari ini.
Secara umumnya, kata beliau, penyokong mahu pemimpin PKR-DAP-PAS supaya menghentikan perbalahan secara terbuka dan mengharapkan Pakatan Rakyat mampu menjadi alternatif kepada BN.