Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad membidas NGO pendesak Melayu PERKASA yang mempolitikkan isu pembangunan kodominium mewah projek Datum Jelatek di Taman Keramat, Selangor tanpa membuat usul periksa.
Katanya, dalam kes di Datum Jelatek, tanah Melayu yang diambil dan dibangunkan semula itu akhirnya dijual semula kepada golongan bumiputera dan mempersoalkan kenapa PERKASA membisu apabila kampung Melayu tergadai seperti projek Forest City di Gelang Patah, Johor dan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur.