Ketika penghakiman dibacakan, ramai yang mula berspekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Seorang anak Anwar kelihatan menitiskan air mata.
Sebelum itu, Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya. Oleh itu,katanya, sampel DNA tidak tercemar.