Kenyataan presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali di laman Facebook berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial.
Tulisan itu menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam Ibrahim itu kerana tidak sensitif.
Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam semalam antara lainnya menyebut bahawa pemergian mursyidul am PAS itu tidak mengejutkan kerana sudah lama tidak sihat.