PAS kawasan Klang mahu siasatan dijalankan ke atas pemimpin partin itu yang didakwa cuba menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, menurut setiausahanya, Mohd Prasad Hanif, pemimpin terbabit juga perlu digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
8 Februari lalu, memorandum Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendakwa beberapa pemimpin parti terbabit dengan kerja-kerja pengkhianatan untuk menjatuhkan Hadi.
Antara yang dinamakan termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Muslimat Aiman Athirah dan Presiden PasMa Phahrolrazi Zawawi.