Gambar belatuk terbang bersama cerpelai viral di twitter

KiniTV 2015-08-07

Views 12

Seorang jurugambar sambilan Martin Le-May berjaya merakamkan gambar seekor burung belatok yang berterbang dengan seekor cerpelai di belakangnya.

Gambar yang diambil secara spontan itu dirakamkan di Essex, England pada Isnin lalu dan menjadi viral di laman sosial twitter.

Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Share This Video


Download

  
Report form