Polis tembak mati anggota 'Geng 18'

KiniTV 2015-08-07

Views 33

Seorang lelaki warga tempatan disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, berhampiran Klang, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pada kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan.

Cubaan polis untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan.

Share This Video


Download

  
Report form