Sekurang-kurangnya 5,000 orang dijangka berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.
Protes #KitaLawan di hadapan pusat membeli-belah Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.