IGP: Saya juga peguam, Seksyen 143 boleh diguna

KiniTV 2015-08-07

Views 1

Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berpelembagaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia tidak menghalang pihaknya menahan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengikut undang-undang yang sama kerana menganjurkan perhimpunan haram Sabtu lalu.

Menolak dakwaan pihak pembangkang bahawa akta itu tidak sah, Khalid mengingatkan wartawan bahawa beliau juga seorang peguam dan berkata, kes itu masih dalam rayuan dan ia belum dimuktamadkan lagi dan polis masih boleh menggunakan peruntukan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Share This Video


Download

  
Report form