Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Sin hari ini mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menjadi seorang 'lelaki' dan memohon maaf berhubung kenyataannya supaya memboikot peniaga Cina.
Sebelum ini, pemimpin Umno itu mendakwa kenyataannya tidak ditujukan kepada peniaga Cina tetapi kepada peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak.