Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disemak secara terperinci oleh pakar perundangan antarabangsa demi memastikan ia mematuhi maqasid syariah dan sunnah.
Menulis di Facebook, katanya, beliau bimbang tanpa semakan ke atas pindaan 2015 itu, pelaksanan hukum hudud di negara ini bakal menemui kegagalan.
Mengambil contoh, kegagalan pelaksanaan hudud di negara seperti Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan, katanya Kelantan harus menjadikannya sebagai iktibar.