PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungannya dengan PAS di negeri ini susulan ketegasan parti Islam meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini.
Dalam kenyataan bersama, dua parti ini berkata mereka akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tanpa parti Islam.
Kenyataan itu juga menegaskan pemimpin-pemimpin Islam dalam PKR tidak menolak tuntutan hudud dalam al-Quran tetapi hanya menolak pelaksanaan enakmen hudud di Malaysia.
Kenyataan mengejutkan itu ditandatangani oleh pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.
Minggu lalu, DAP Sarawak menarik diri daripada gabungan pembangkang itu.