Asakan pihak berkuasa ke atas portal berita The Malaysian Insider diteruskan hari ini dengan penahanan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal berkenaan, Jahabar Sadiq.
Kedua-dua mereka ditahan mengikut Akta Hasutan sebaik tiba ke ibu pejabat polis Dang Wang pagi ini.
Mereka pada awalnya tiba untuk memberi keterangan susulan penahanan tiga orang editor mereka semalam.