Pakatan Rakyat hanya akan membincangkan jawatan ketua pembangkang selepas speaker Dewan Rakyat mengeluarkan notis berhubung kekosongan kerusi Permatang Pauh, kata
Ketua Whip DAP Anthony Loke.
Menurutnya, Pakatan Rakyat akan bermesyuarat bagui menentukan ketua pembangkang yang baru selepas pilihan raya kecil diadakan kerana setakat ini, Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.