Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah bersetuju dengan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) dengan syarat kerajaan mengekalkan hak asasi tahanan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, beliau tidak mencabar Suhakam, tetapi hak asasi mangsa akibat pelaku keganasan itu juga perlu diambil kira.