Pemberontak Syiah Houthi didakwa menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Yemen selepas pertempuran sengit memasuki minggu ketiga.
Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu supaya tindakan ketenteraan dihentikan sementara bagi membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, namun permintaan itu tidak diendahkan.